Tuesday, January 16, 2024

Buat lesen di JPJ Wangsa Maju seperti biasa bad experiance dalam menunggu walaupun sfatt baik

 Pergi JPJ Wangsa Maju pukul 11 , beratur ambil nombor, tak boleh scan nombor giliran di Apps lagi. Beratur untuk ambil nombor sahaja.


Pukul 12 masih tak dapat scan, guard bagi nombor giliran untuk datang beratur lagi pada pakul 2 petang (lepas rehat)


Pukul 2.15 datang lagi, beratur balik dari awal (takde beza pun kalau datang petang sahaja tak datang pagi),  nombor  dapat 104, orang belakang aku dapat nombor 184 (baru datang lepas aku datang), tapi kemudian scan no giliran di apps MyEQ, dia berurusan lepas aku. Jadi takde guna datang pagi. Yang nombor 64 datang sedikit lewat, beratur belakang aku, jadi nombor tu tiada makna hanya sekadar permit untuk datang beratur.


Pukul 2.56pm guard kata NOMBOR GILIRAN HABIS jadi yang datang tu semua disuruh datang esok. Tapi jika anda datang esok pukul 10-11am pun akan dihalau datang petang. Jadi burn lah dua hari anda semata-mata JPJ.

Total damage  11am-12am  (sejam)+  rehat 12.00-12.30(baru setel order grab, balik rumah)+1.30  siap solat  (order grab 1.40,  sampai di JPJ pukul 2,15), beratur, dapat no giliran pukul  3.10, siap urusan 4pm.  Total ialah 5 JAM.


So jika tak datang 8am atau 9 am, baik pergi petang sahaja 2pm, jadi mungkin masa menunggu jadi 2 jam sahaja total...


Aku bawak game, ipad, buku dan pen untuk study atau lepak sebab jika tak aku akan stress menunggu. Untuk kurangkan perasaan marah aku guna masa dengan bermanfaaat jadi always prepared untuk isi masa lapang tu.

Semoga pada masa depan tak payah lah buat lesen di kaunter lagi, Bayar sahaja lah online, keputusan lulus pun dah ada dalam sistem sebelum datang JPJ. IC maklumat pun dah ada. Lepastu nak mintak fotokopi IC lagi. (Sedikit tak faham keperluannya). Bukan ada nak scan jari ke apa pun. Jadi semoga boleh buat online sahaja pada masa depan.